Tuesday, 13 December 2016

Labikallah

Mati

Seorang lelaki kaya melihat melalui tingkap dan melihat seorang lelaki mengambil sesuatu dari tong sampah itu. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak miskin.

Orang miskin melihat sekeliling dan melihat lelaki telanjang berkelakuan tidak senonoh di jalan. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak gila.

Orang gila memandang ke hadapan dan melihat ambulans yang membawa pesakit. Beliau berkata, Terima kasih  Allah aku tidak sakit.

Kemudian seorang yang sakit di hospital menyaksikan troli mengambil mayat ke bilik mayat. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak mati.

Hanya orang yang mati tidak boleh bersyukur kepada Tuhan. Mengapa kamu tidak bersyukur kepada Tuhan hari ini untuk memberikan anda peluang untuk hidup hari yang lain?

Kehidupan:
Untuk memahami dengan lebih baik, anda perlu pergi ke 3 lokasi:

1. Hospital,
2. Penjara &
3. Kubur.

* Di Hospital, anda akan memahami bahawa tiada apa yang lebih cantik daripada KESIHATAN.

* Dalam Penjara, anda akan melihat KEBEBASAN itu adalah perkara yang paling berharga.

* Diperkuburan, anda akan menyedari bahawa hidup ini tiada bernilai apa-apa. Hakikatnya kehidupan hari ini akan menjadi bumbung kpd kita di hari esok.

Oleh itu, marilah kita tetap merendah hati dan bersyukur dengan segala-galanya .

Majlis

Majlis dzikir merupakan majlis malaikat. Juga menjadi penyebab turunnya ketenangan dan rahmat Allah. Allah membanggakannya kepada malaikat. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersbada:

لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Tidaklah sekelompok orang duduk berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kecuali para malaikat mengelilingi mereka, rahmat (Allah) meliputi mereka, ketentraman turun kepada mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan (para malaikat) yang ada di sisiNya.

Tanda

Tanda-tanda orang Arifbillah (Wali Allah) itu adalah.

1. Apabila kita duduk dengannya kita akan mendapat ilmu makrifat.
2. Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya kita akan memperolehi limpahan rohani.
3. Apabila kita memandang dirinya akan terus mengingatkan kita kepada Wujud Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
4. Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takabur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.
5. Apabila sering bersamanya kita akan dapat merasakan ketenangan dan keberkatan cahaya yang keluar dari dirinya.
6. Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.
7. Apabila kita berjauhan dengannya kita akan terasa begitu rindu dengannya dan segera ingin bertemu.
8. Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa alam hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.
9. Arifbillah itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang sufi yang Haq.
10. Arifbillah itu termasuk golongan Auliya’ Allah, namun tidak semua Auliya’ Allah itu adalah di kalangan ulamak. Arifbillah atau Auliya’ Allah itu boleh jadi seperti orang biasa dalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat dan harta, dan sedikit sahaja orang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri dan dipinggirkan keluarga serta masyarakat.
11. Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding ulamak yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.
12. Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah dirinya sering menerima pelbagai ujian dari masyarakat awam yang tidak mengenali martabat kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah dan sebagai kekasih Allah (Habibullah). Masyarakat awam sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memperli ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah.
13. Sesiapa yang memuliakan Arifbillah, Allah juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat. Sesiapa yang memusuhi Arifbillah, Allah juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadat.